aku & suami

Tuesday, April 8, 2014

rezeki tahun 2014

Alhamdulillah...syukur kpd Allah S.W.T.. 

Di atas rezeki yang dikurniakanNya. Diusia aku 25 tahun dan suamiku 27 tahun, kami dapat memiliki sebuah pondok kecik atas tanah dan juga atas usaha titik peluh kami selama berkhidmat sebagai seorang penjawat awam di sini. 

Dengan berkat doa, ibu bapa, ibu bapa mertua, adik-beradik dan juga sahabat handai, km sekeluarga selamat berpindah ke teratak kecil ini pada tanggal 2 Mei 2014.

Kat bawah serba sedikit cerita disebalik pencarian pondok kecil kami :

1) Pencarian rumah mula pada awal 2013 apabila km suami isteri mula tergerak hati nk beli rumah sendiri.

2) Pencarian tertumpu yang berdekatan putrajaya & lokasi mesti berada ditengah2 putrajaya & bandaraya kuala lumpur.

3) Rumah pertama yang dijumpai di Olak Lempit, Banting kerana harganya yang sgt murah (160k)-rumah baru

4) Rumah pertama ditolak kerana jauh dr Putrajya (45 mnt) dan 1 jam lbh nak ke kuala lumpur selain lorong nk ke rumah sgtla sempit.

5) Rumah kedua, kawasan perumahan Taman Putra Perdana, Puchong. Lokasi yang sgt dkat dgn Putrajaya (15mnt) dan merupakan lokasi yg sgt menarik.

6) Setelah pencarian km selama beberapa minggu, lokasi pilihan kami di perumahan baru yang dipanggil La Cottage, Putra Perdana. Rumah 2 tingkat dan merupakan rumah baru.

7) Temujanji dibuat, akhirnya kami dibawa melawat kawasan & keadaan dalam rumah. Rumahnya cantik,semuanya lengkap (belum ada org duduk) tetapi saiz rumah tersebut kecil dan sangat berhampiran dengan lombong. Laluan nk ke rumah ini juga akan melalui lombong. Rumah ditolak.

8) Rumah ketiga. Lokasi di Taman amanah, Jenjarom Kuala Langat. Harga rumah masih murah (150k). Tp perjalanan agak jauh dr Putrajaya dan Kuala Lumpur. Rumah ini juga ditolak.

9) Rumah keempat. Lokasi di SP 1,Bandar Saujana Putra, Jenjarom. Harga rumah 220K. Rumah teres satu tingkat. Lokasi menarik. Kawasan perumahan yang tenang dan aman. Temujanji dibuat, kawasan dalam rumah ok,puas hati la. Tp malangnya, agen tersebut seolah-olah xmau pembeli yang buat loan kerajaan. Mungkin proses lambat. Terpaksa tolak walaupun hati dah berkenan rumah tersebut.

10) Setelah agak lama 'frust'..satu petang aku terima email dr iproperty mengenai satu rumah di SP7, Bandar Saujana Putra ingin dijual. Terus km buat temujanji dengan agen tersebut. Alhamdulillah..setelah berpuas hati dengan rumah tersebut, kami seterusnya buat perjanjian. Rumah yang lebih mahal lg pencarian rumah sebelum ini dan berhadapan dengan playground yang sgt sesuai utk si kecilku.Kawasan kejiranan kesemuanya berbangsa melayu dan sgt peramah. Xlekang dengan senyuman dan xsombong.

No comments:

Post a Comment